Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Saturday, November 14, 2009

Nenda Hajah Sariah Ibrahim



Saya kelibut mencari cd software SMC yang hilang entah ke mana.  Aduh, gawat rasanya.  Kalau tidak berjumpa, desktop ini hanya untuk menulis sahaja jadinya.  Hampir serata pelusuk yang berkemungkinan sudah saya selidik tetapi belum nampak tanda-tandanya.  Semoga rasa putus asa tidak akan muncul selamanya.  Dan saya terjumpa koleksi gambar-gambar lama yang disusun di dalam kotak, dek kerana sudah tidak larat hendak membeli album.  Beberapa gambar saya ketepikan untuk discan; sekadar untuk berkongsi sesuatu yang boleh dikongsikan bersama.  Salah satu gambar yang saya temui ialah gambar nenda tersayang, Hajah Sariah bt Ibrahim.
Pada satu hari nenda kunjung ziarah ke rumah abah di Tangkak.  Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya nenda sudi dirinya dipotretkan.  Sungguh manis dan ceria sekali aksi spontan beliau.  Tentu ramai ahli keluarga yang tidak pernah menatap gambar ini.  Kini tinggal kenang-kenangan; nenda pulang ke rahmatullah pada tahun 1995 kerana sakit tua.  Al Fatihah buat nenda yang dikasihi.  Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan yang soleh.  Amin.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing