Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, November 1, 2009

Naqib pulang sebentar

Setelah sebulan Naqib berada di madrasah, hari ini Naqib balik ke rumah sebentar sahaja.  Dapat pelepasan 3 jam.  Perkara pertama yang aku buat ialah menyuruh dia menimbang berat badan.  Mata sama-sama merenung jarum penimbang yang bergerak-gerak, 70kg!  Maintain la maknanya tu...  Hmmm...belum ada perubahan berat badan.  Tetapi lebih baik daripada bertambah berat badan, kan!
Kemudian kuminta Naqib menunjukkan kudis yang katanya sudah merebak itu, sehingga kawan-kawannya memanggil dia 'Pisang' yang dalam Bahasa Inggerisnya 'Banana', ejekan terhadap 'kudis yang bernanah' yang sedang dihidapi oleh Naqib.  Astaghfirullah... mataku terbelalak melihat betisnya itu.  Apa tidaknya, dipenuhi kudis yang bernanah...  Buat masa ini, boleh dikatakan dari pinggang ke atas masih bersih daripada kudis itu.  Aku telefon mak di kampung mengabarkan keadaan Naqib.  Mak suruh aku bawa Naqib balik kampung, mak akan carikan akar kayu tuba untuk mandian.  Mak juga sarankan bawa Naqib bertemu Tuan Haji Dollah yang terkenal keserasiannya merawat penyakit sebegini.  Cuma buat masa ini terpaksa ditangguhkan dahulu kerana masa dan keadaan yang belum mengizinkan. 
Sebentar lagi kami akan membawa Naqib ke klinik berdekatan, mungkin ke Klinik Dr Yunus, YB Sijangkang itu, dan dapatkan suntikan.  Sekiranya tidak sembuh, insyaAllah pada hari raya Aidiladha nanti kami akan bawa Naqib pulang ke kampung di Kuala Pilah untuk rawatan tradisional.  Alhamdulillah, bermakna hari raya Haji ini aku akan menyambutnya di kampungku!  Madrasah Miftahul Ulum akan bercuti selama seminggu semasa Aidiladha ini. 

2 comments:

fzi said...

Salam Mazzuin...
Lama tak up-date blog...bz kot mazzuin dua tiga menjak ni...

Pasal kudis Naqib tu, saya rasa anak2 yang duk asrama memang kebarangkalian nak kena kudis2 ni memang besar...sama ngan anak2 saya yang dua orang duk asrama, dulu dua2 pernah kena... mungkin sebab berkongsi air kolah dsb... Sebilangan besar pelajar2 kena... sume pakat2 pegi check kat hospital berdekatan silih berganti... jgn isau mazzuin, insyaAllah cepat sembuh, kena taruh krim tiap2 malam...

NaqHuHiNes said...

Salam. Hmm... sedikit sibuk barangkali. Idea terperam sahaja di kepala. Ada banyak yang hendak dikongsikan tetapi belum berkesempatan. Kami sedikit risau sebab kudis Naqib semakin merebak. Terperanjat besar juga. Mudah-mudahan seperti kata Fzi, ia segera sembuh. InsyaAllah.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing