Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Tuesday, November 3, 2009

Naqib dah tak homesick?

Kekanda saya mengajukan pertanyaan, 'Naqib dah tak homesick?'
Alhamdulillah, jika dilihat gerak lakunya tempohari, tiada setitis pun airmata yang bergenang.  Saya cuba bermain mata dengannya, melihat jauh ke dalam anak matanya andai ada sedikit warna gerimis di situ, namun tidak kelihatan.  Bibirnya menguntum senyuman.  Ah, betapa leganya rasa hati ini.  Andai dia benar-benar sedang menikmati anugerah Illahi, nikmat perpisahan dan nikmat kerohanian yang bertakung di jiwanya.  Alhamdulillah syukur setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi yang Maha Mengetahui setiap isihati.  Semoga berpanjangan nikmat ini kepadanya, juga kepada kami sendiri.  Di akhir pertemuan, Naqib mencadangkan agar dia diziarahi dua bulan sekali.  Sarannya, agar wang perbelanjaan harian dan untuk keperluan dititipkan kepada ustaz yang berkenaan, beserta yuran bulanan.  Saya segera menyambut agar tiga bulan terus...hmmm, tiada respon.
Terima kasih kepada semua, yang turut mendoakan kesejahteraaan Naqib.  Bersamalah kita saling  doa-mendoakan semoga sentiasa berada di dalam petunjuk dan keampunan-Nya.  Amin.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing