Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, November 5, 2009

Menolak Yang Memberi

Salah seorang teman Juha gemar mengumpul wang makanya dia amat cepat menjadi kaya namun sangat kikir.  Pada suatu hari teman yang kikir ini berjalan dengan Juha dan kawan-kawannya di pinggir sebatang sungai.  Tiba-tiba teman yang kikir ini telah tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.  Semua teman-teman Juha berlari untuk menghulurkan pertolongan.  Salah seorang di antara mereka membongkok lalu menghulurkan tangan, "Cepat berikan tanganmu supaya dapat kutarik ke atas."  Namun si kikir enggan menghulurkan tangannya.  Tidak lama kemudian Juha datang lalu membongkok di tepi sungai itu, katanya, "Terimalah tanganku ini kawan, dan aku akan mengangkatmu naik ke atas."
Kali ini barulah si kikir itu mahu bergerak dan menghulurkan tangannya sehingga dapat diselamatkan oleh Juha.  Teman-teman Juha yang lain merasa kehairanan namun Juha berkata bersahaja, "Ah, kamu seperti tidak mengerti sifat teman kita ini.  Jika kalian berkata "berikan" kapadanya pasti dia akan diam sahaja tidak mahu menghulurkan tangannya.  Cuba kalian katakan "terimalah wahai kawanku" pasti dia mahu menerimanya."


Moral : (baru terfikir hendak selitkan sedikit moral di sini) kawan yang baik adalah kawan yang dapat menyelami nurani dan sifat kawannya, kelebihan dan kelemahan. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing