Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, November 5, 2009

Manusia Lari Dari Rahmat Allah

Kisah 39 dari Kisah-Kisah Lucu Abu Nawas.

Begini kisahnya... pada suatu hari hujan telah turun dengan begitu lebat sehingga Juha tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan kerana halangan hujan itu.  Maka dia pun tercegat berdiri sambil termenung di tingkap rumahnya, memerhatikan titis-titis hujan yang jatuh menimpa bumi.  Tiba-tiba lamunan Juha terhenti tatkala dia terpandang seorang jirannya yang sedang berlari-lari di dalam hujan menuju ke rumahnya.  Melihat keadaan itu, Juha terfikir untuk menyindir jirannya, lantas dia berkata, "Eh, kenapa kamu berlari-lari tu?"
Jawab jiran itu, "Aku berlari daripada rahmat."  Bahasa Turki menggunakan istilah rahmat untuk perkataan hujan.
Juha terus berkata, "Beginilah dia akhir zaman, manusia selalu lari daripada rahmat Allah."
Mendengar kata-kata Juha, jiran itu serta-merta berhenti berlari sebaliknya dia meredah hujan dengan berjalan perlahan kerana terasa dengan sindiran Juha itu.
Selang beberapa hari kemudian, hujan turun lagi dengan lebat sekali.  Kebetulan Juha pula yang sedang berada di luar rumah berlari-lari di dalam hujan dan jiran itu memang telah bersedia hendak mengenakan Juha, lalu jiran itu berkata, "Eh, Juha kamu pun lari dari rahmat Allah juga?"

Juha yang menyedari jirannya itu mahu menyindirnya sepertimana dia menyindir tempohari, menjawab sindiran itu, "Eh, aku bukan lari dari rahmat Allah, tetapi aku sengaja berlari laju supaya lagi banyak baju aku basah kuyup, dengan itu aku akan bermandi dengan rahmat."

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing