Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, November 13, 2009

Lihat buku saya sudah kena conteng!!

Peperiksaan akhir sudahpun berlalu dan keputusan peperiksaan juga sudah diketahui.  Seminggu sahaja lagi untuk mereka bersekolah dan cuti akhir tahun yang panjang akan bermula.  Buku-buku teks juga sudah dipulangkan untuk diganti dengan buku teks yang lain pula untuk persekolahan tahun hadapan.
Buku laporan keputusan peperiksaan dihulurkan dengan pelbagai aksi.  Kakak bertanya terlebih dahulu, "mama marah tak kalau ..." manakala si adik yang selamba terus sahaja mengunjukkan buku laporan yang agak lencun kerana basah ditimpa hujan lebat kelmarin.  Si kakak ada peningkatan manakala si adik bertahan tanpa perubahan sedikitpun pada peratusan dan kedudukan di dalam kelas.
Saya teringin berkongsi sedikit cerita anak-anak ini, yang mana kadang-kadang ia melucukan dan bolehlah dijadikan kenang-kenangan untuk dikisahkan apabila mereka telah dewasa kelak. 
Pada suatu hari beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir bermula, ketika Ain baru pulang dari sekolah, dia merungut-rungut kepada saya, "mama, cikgu marah Ain sebab buku Ain kena conteng."  Mulutnya dimuncungkan dan wajahnya masam mencuka seperti kopi yang kurang gula.
Aduh...apa pula ni.  "Siapa yang conteng buku Ain?" tanya saya kehairanan.
"Ni, cuba mama tengok ni, siapa lagi..." kata Ain seraya mengunjukkan buku latihan Matematiknya kepada saya.
Saya belek-belek buku itu yang hampir habis tinggal beberapa keping sahaja lagi untuk helaian terakhir, kemudian saya tergelak tidak mampu menahan perasaan gelihati yang bagai menggeletek tangkai hati saya.  Nah, cubalah anda saksikan sendiri...

"Tu la, kenapa sepah-sepahkan buku, " kata saya serkap jarang.
"Mana ada Ain sepah-sepah..." balas Ain.
Hmm..mungkin dia letak di meja tetapi si adik 4 tahun yang sedang giat mengasah bakat  melukis tidak perduli buku apa dan siapa punya, nampak tersadai di situ jadilah mangsa dia berkarya.
Mujurlah buku itu hampir habis digunakan.  Cikgu pun tidak marah keterlaluan, bahkan cikgu turut ketawa akhirnya, "siap senget-senget kepala lagi tu..." kata cikgu.

3 comments:

aashaku said...

he he he... gitulah...anak saya yang c abang ni pun adakala buku kena conteng dgn c adik...tu lah asik nak letak bersepah...tapi kalo kita cakap dia kata takkk mana ade sepahhh... adik tuuu... ambik sendiri.. haa pastu mula lah nak merajuk...hihihi...

aashaku said...

oo ya tq ziarah blog sy...sy juga nak buat link ya...

NaqHuHiNes said...

Terima kasih asshaku sudi berkunjung. Hehehe memang itulah gelagat anak-anak akan jadi kenang-kenangan di satu masa nanti, nak marah sangat pun tidak boleh, namanya pun budak-budak...sambil tu mereka pun mempelajari sesuatu tentang kehidupan.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing