Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, November 1, 2009

Kepulangan yang ceria

Naqib dapat pelepasan untuk 3 jam sahaja tetapi kerana dia perlu dirujuk kepada doktor, ustaz berkenaan mengizinkan dia keluar sehingga jam 3 petang.  Oleh kerana hari ini hari minggu, kami menuju ke satu-satunya klinik 24jam yang ada di Telok Panglima Garang ini iaitu Klinik Reiki Baba.  Seingat saya hanya sekali dua sahaja kami berkunjung ke klinik ini apabila keperluan mendesak.  Seperti yang dijangka, ada ramai pelanggan (pesakit dan keluarga) yang sedang menunggu giliran.  Mak saya, hubby dan ustaz masing-masing bersetuju dan sepakat supaya Naqib diberi suntikan supaya kudis yang dialaminya segera kering dan sembuh.  Namun keadaan tidak mengizinkan.  Lama menunggu giliran menyebabkan masa semakin suntuk.  Naqib pulang membawa bersamanya segendong kain baju kotor untuk dicuci termasuk cadar tilam dan sarung bantal.  Sungguh dia mengambil kesempatan mengumpul pakaian kotor apabila dia tahu akan dijemput pulang minggu ini...  Saya letak dua skop sabun dan gunakan program untuk pakaian jeans, mengambil masa 1 jam untuk selesai.  Jadi sekembali dari klinik, saya singgah sebentar di kedai untuk membeli majalan E-Baca, Anis dan lain-lain seterusnya kembali ke rumah untuk menyidai baju Naqib.  Dapatlah satu jam pakaian diampai apabila cuaca mula mendung dan tiba masa untuk kami berangkat menghantar Naqib pulang.  Kali ini hubby benar-benar melayan kerenah Naqib.  4 buah kedai kami singgahi untuk membeli keperluan yang telah disenaraikan oleh Naqib sehingga semuanya hampir lengkap.  Hasrat Naqib untuk ke Tesco tidak dapat dipenuhi kerana masa yang tidak mengizinkan.  Walaupun agak hampa, tetapi Naqib tetap ceria.  Sempat juga dia menghafal sepotong doa dari hubby, untuk menghadapi gangguan di madrasah.  Ada seorang kawan Naqib yang didampingi oleh makhluk halus (jin) dan kawan ini kadang-kadang seperti dirasuk oleh makhluk tersebut.  Agak luarbiasa tetapi tidak ada yang peliknya.  Tempat-tempat menuntut ilmu seperti ini memang banyak gangguan sedemikian.  Sekolah agama Ain dan Hidayat juga sehingga kini menjadi bahan cerita mereka apabila pulang dari sekolah hampir setiap petang, 'ada kawan pengsan...kawan nampak itu...kawan nampak ini...di tandas ada itu...'  Hanya mereka yang belum nampak apa-apa.  Tidak payahlah nampak, kata saya.  Tetapi budak-budak lebih teruja dengan sesuatu yang mistik sebegitu.
Kembali kepada kisah Naqib, alhamdulillah, dia tidak menitiskan airmata atau menahan perasaan semasa kami hendak berpisah.  Saya pesan kepada hubby agar dia mengingatkan Naqib, dalam ertikata lain memberi amaran, kerana amaran hubby amat berkesan berbanding kata-kata saya, supaya Naqib mengawal perasaannya kelak.  Sebaliknya kata hubby, dia tidak akan berbuat demikian kerana dia mahu melihat situasi jiwa sebenar Naqib di madrasah ini.  Sekiranya dia memberi amaran sedemikian, mungkin Naqib akan berpura-pura semata di hadapan kami sedangkan sebenarnya dia menahan hati.  Ternyata andaian hubby ada benarnya, dan saya berasa amat lega apabila Naqib mempamerkan senyuman manis kepada kami di saat kami hendak berangkat pulang.  Cuma yang tidak berbeda ialah kucupan mesra dan lama serta berkali-kali di pipi saya...  Naqib masih keanak-anakan, tidak berubah, hanya lebih sedikit tinggi daripada saya dan dia bangga.


Buat anakanda, selamat belajar, selamat berjuang di jalan Allah.  Semoga berjaya cemerlang dunia dan akhirat.  Amin.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing