Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, November 5, 2009

Kamu Ingat Aku Faham Ke?

Sekali-sekala kita baca buku bertajuk 'Kisah-Kisah Lucu Abu Nawas' buat penghibur hati disamping mengambil pengajaran darinya.  Buat renungan di kala bersendirian. Kadang-kadang ia bernada sinis dan tepat mengenai diri yang selalu alpa lalu tersimpang jauh dari fitrah insan.
Kisah 46.

Pada suatu hari, Juha berjalan-jalan bersama temannya menyusuri sungai yang dihimpit oleh sebuah kawasan perumahan.  Mereka berjalan sambil mencuci mata melihat pemandangan di kiri dan kanan, seraya teman Juha berkata, "Juha, lihat di sana ikan sedang melompat, besar sungguh ikan itu," sambil menunjukkan ibu jari tangannya ke arah sungai.  Anehnya Juha memandang ke arah bertentangan dengan sungai iaitu celah-celah lorong di kawasan perumahan.  Temannya berasa hairan melihat perilaku Juha lalu berkata, "Juha, aku mahu kamu melihat sungai bukan kawasan perumahan itu."  Juha pula berkata dengan marah, "Kamu ini, cuba lihat bagaimana kamu tudingkan jari kamu itu.  Hanya ibu jari yang kamu tunjukkan ke arah sungai sedangkan jari lain menghala ke arah sebaliknya iaitu kawasan perumahan.  Lain kali kamu beritahu arah mana yang mesti aku lihat.  Kamu ingat aku ni faham sangat ke?"

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing