Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, November 6, 2009

Gotong-Royong TSP2 untuk jamuan hari raya lepas

Kisah sambutan majlis jamuan hari raya pada Syawal 1430 yang lalu.

Setelah dua kali tiang yang menupang kanvas untuk khemah sementara tumbang ditiup angin, cuaca beransur terang dan matahari kian terik.  Saya, hubby dan mak mula sibuk di ruang tambahan di belakang rumah.  Menu jamuan ialah soto, lontong dan kuah kacang.  Ketupat segera telah direbus malam tadi.  Jiran bumbung sebelah, Eda, orang yang pertama datang menjenguk kami, diikuti dengan Kak Ina dan Zie.  Bahan-bahan mentah untuk jamuan taman belum sampai lagi, jadi mereka menolong untuk jamuan kami.  Tidak lama kemudian, jiran-jiran lain beransur tiba bersama bahan mentah untuk jamuan taman dari Puan Bendahari, Wati. 

Plan untuk membakar lemang berjalan lancar diketuai oleh Wati juga, setakat ini merupakan pakar buat lemang yang sedap rasanya, mewarisi ilmu lemang dari bapanya.  Apa taknya, sekejap-sekejap dia buat call ke Pahang, tanya apa nak dibuat seterusnya selepas habis satu step... Tak apa la, Wati, memang sedap lemang tu, cukup santan dan garamnya...(setelah jenuh mencari tin susu nak buat sukat).



Semoga Allah memberi rezeki kepada kami untuk bertemu Ramadhan lagi pada tahun hadapan dan menyambut Syawal bulan kemenangan.  Insya Allah semoga hajat untuk membuat jamuan yang lebih tersusun disampaikan Tuhan. 

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing