Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, November 11, 2009

Buku yang sedang saya baca



Sekarang ini saya sedang membaca buku tulisan Zamri Mohamad yang baru dibeli minggu lepas di Popular Jaya Jusco Bukit Tinggi dengan harga RM28.00.  Biarpun tersangkut-sangkut membacanya, saya teruskan bacaan apabila ada kelapangan.  Bertarung dengan kerja rumah yang kadang-kadang saya mengelat melakukannya demi mencari masa untuk membaca dan mengadap laptop bagi menerawang di alam siber, dapat juga saya menyelak helaian demi helaian, bersama sebatang pen merah dan sebatang pembaris kayu yang agak bergerigi tepinya.  Seolah kembali menjadi pelajar, saya seperti gian untuk belajar. 
Kata hubby, "mengapa perlu menggaris-garis di buku itu?"
Saya fikir perlu melakukan begitu untuk meningkatkan fokus saya pada isi kandungan yang sedang dibaca.  Ia berfaedah kerana saya dapat merujuk dengan cepat sebarang isi yang saya rasakan penting kerana sudah digariskan.  Sekian lama saya melakukan sebegini semasa ulangkaji buku untuk peperiksaan semata.  Saya akan lakukan ini kelak untuk setiap buku yang saya baca, insyaAllah.  Sekurang-kurangnya saya tahu buku itu sudah pernah saya baca.  Juga ia membantu saya membaca dengan teliti dan faham apa yang dibaca. 


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing