Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, November 1, 2009

Buah tangan

Alif Tidak Mahu Gemuk.  Itulah tajuk yang diberikan oleh pihak editor majalah E-Baca untuk cerpen saya yang keluar November ini.  Terdapat sedikit pindaan di awal cerita tersebut.  Walau bagaimanapun, cerita yang diedit ini agak tergantung di pertengahan apabila tiba-tiba keluar nama Azimah.  Cerita asal mengisahkan kemunculan Azimah membawa buah tangan untuk adiknya Azim dan pernyataan ibu Azim bahawa hanya Azim sahaja anaknya yang mengalami masalah berat badan berlebihan.  Saya menyatakan Azimah bertubuh ramping dan langsing. 
Walaupun terdapat sedikit pindaan tetapi cerita keseluruhan masih kekal dan saya berasa kian teruja untuk menulis sesuatu.  Isi-isi penting untuk 'buah tangan' sulung saya kian sarat di dalam kepala namun untuk mencurahkannya begitu sulit dengan pelbagai aral dan tekanan.  Oh...  saya terus menunggu detik istimewa itu untuk mencurahkan segala-galanya.  Penat juga memendam sekian lama.
Ya Allah, bantulah daku untuk melakukannya.  Permudahkanlah dan berilah kekuatan serta bantuanMu.  Semoga setiap satu huruf itu mendapat imbalan baik di sisiMu di sana nanti.  Amin.
Insya Allah saya akan menulis karya dewasa, yang berat buat saya, semoga ayat-ayatnya tidak keanak-anakan, sarat dengan pengajaran dan menghujam terus ke hati.  Seorang kawan meminta agar saya tidak membuatkan dia tenggelam dalam kesyahduan.  Jawab saya, jika tidak syahdu bermakna tidak berkesan sesuatu karya itu kepada pembaca.  Oh, berat rasanya...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing