Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Wednesday, October 7, 2009

Tiada Lagi Facebook


Saya tidak akan aktif lagi di Facebook.  Saya memang tidak aktif, cuma sesekali membuat komen di situ.  Semakin lama semakin saya lalai sehingga perkara utama yang mesti diberi tumpuan tidak dapat saya lakukan.  Semasa hari raya tempohari, saya bertemu kakak di Batu Kikir.
"Sekarang tumpu pada apa?"  tanya kakak.
Kakak memberitahu, dia amat sibuk dengan tugas mengedit novel dan menyusun buku untuk DBP.  Saya sungguh kagum pada dia.  Kesibukan melayan 6 cahayamata yang sedang membesar dengan pelbagai kerenah, kakak masih ada masa untuk menghasilkan novel dan membuat kerja-kerja penulisan.
"Sedang rangka cerpen, dalam kepala sahaja." jawab saya.
"Dah tulis novel?" tanya kakak lagi.
Saya geleng-geleng kepala.  Saya masih tiada keyakinan.  Saya rasa tidak mampu hendak menulis terlalu banyak sehingga dapat dijadikan sebuah novel.  Bukan tiada idea.  Cuma saya rasa tidak sanggup hendak menulis dalam masa yang panjang dan membuat pelbagai rujukan bagi memantapkan perjalanan cerita.  Wujud unsur pesimis di jiwa.  Perasaan lemah ini tidak boleh dilayan dan dibiarkan menguasai diri.  Saya perlu bangkit semula, untuk memulakan langkah yang baru terhenti.
Semasa di Madrasah, saya mendapat panggilan dari editor Dewan Pelajar meminta alamat rumah dan membuat pengesahan nombor kad pengenalan.  Saya tidak bertanya lanjut, namun saya andaikan cerpen kedua saya mungkin telah terpilih untuk diterbitkan.  Alhamdulillah.  Ini bermakna saya boleh menulis, dan ia perlu diperbaiki lagi dan ditingkatkan lagi dengan menghadiri kursus-kursus penulisan.  Insya Allah.
Ya Allah ya Tuhanku, bantulah hambaMu yang daif ini mencapai cita-cita.  Bantulah hambaMu yang teramat lemah ini melepasi pelbagai rintangan dan cabaran.  Hanya padaMu tempatku mengadu dan memohon pertolongan.  Hanya padaMu sentiasa....

2 comments:

keranacinta said...

Hmm... saya yang baru di FB ini pun terperasan yang FB sedikit sebanyak melalaikan. Kebaikannya pun ada juga.

Secara peribadi, saya lebih selesa di blog sahaja.

Baru saya tahu Puan juga seorang penulis.

Insya Allah, sama-sama kita berkongsi pengalaman ya.

Salam ukhuwwah.

NaqHuHiNes said...

keranacinta, selamat datang dan salam perkenalan. FB lebih banyak melalaikan daripada kebaikan. Games Mafia itu sungguh melalaikan, mengikat hati pemainnya untuk terus bermain dan bersaing dengan kawan-kawan FB yang sekepala. Mainan bercucuktanam itu pun sama. Yang lain-lain seperti cari nama Jowo, peribadi mengikut tarik lahir, bla bla bla...saya pun suka tetapi itulah yang melalaikan sebenarnya. Apa yang kita dapat? Sebenarnya tiada apa-apa hanya keseronokan sementara seolah-olah pelarian daripada kerungsingan yang dihadapi di dalam hidup realiti. Sekian, wassalam.

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing