Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, September 17, 2009

Balik Kampung

Sebentar lagi kami sekeluarga akan bergerak balik ke kampung. Rencana awal yang telah dipersetujui tanpa banyak soal ialah berbuka puasa bersama keluarga di Segamat. Kemudian pagi Jumaat bergerak ke Kuala Pilah untuk berbuka puasa dengan keluarga di sana pula. Dan bermulalah sesi memasak rendang nogori yang lazat itu. Kami membawa balik bersama beberapa kilo daging lembu, hati, limpa dan paru untuk kedua-dua pihak keluarga sebagai buah tangan. Separuh malam tadi sehingga awal pagi beberapa jiran setaman turun tangan melapah daging di belakang rumah kami. Waktu ini pengagihan daging masih dijalankan kepada mereka yang masuk nama tetapi keuzuran untuk mengambilnya di sini. ALhamdulillah, daging untuk rendang nogori lengkap setnya. Tahun lepas tak dapat beli hati lembu sebab lambat booking. Dapatlah rasa rendang Mak Ramlah di Batu Kikir.
Mudah-mudahan perjalanan sambutan hari kemenangan ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah. Amin.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin daripada Keluarga Meon (Meon, Intan, Naqib, Ain, Hidayat dan Hanessa).

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing