Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, July 6, 2009

Utusan Malaysia 6 Julai 2009

Muhamad dilantik Datuk Semaharaja Luak Ulu Muar

KUALA PILAH 5 Julai - Seorang peniaga, Muhamad Md. Yassin, 80, hari ini dilantik sebagai Datuk Semaharaja Ke-7 Suku Mungkal Ulu Pilah, Luak Ulu Muar.

Istiadat pelantikan dan perisytiharan beliau sebagai penyandang pesaka yang bertaraf Lembaga itu dilangsungkan di Balai Penghulu Luak Ulu Muar, Tanjung Ipoh dekat sini hari ini.

Muhamad dilantik menggantikan penyandang pesaka sebelum ini, Allahyarham Ibrahim Salleh yang meninggal dunia pada Julai tahun lalu.

Pelantikan beliau diisytiharkan oleh Penghulu Luak Ulu Muar, Datuk Bendahara Setia Maharaja, Maharaja Lela Pahlawan Mansor Yusof dan disaksikan oleh pembesar-pembesar adat yang lain.

Hadir sama Penyelaras Adat Istana Besar Seri Menanti, Datuk Ibrahim Jahaya; Penasihat Adat Luak Ulu Muar, Datuk Seri Maharaja Khalid Bonget dan Pengerusi Kerapatan Adat Luak Ulu Muar, Datuk Orang Kaya Bongsu Mansor Sahamie.

Ketika ditemui selepas istiadat pelantikannya, Muhamad yang berasal dari Kampung Tengah, Seri Menanti dekat sini berkata, beliau akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya.

''Saya akan mendalami selok-belok adat perpatih agar dapat memberikan khidmat terbaik kepada anggota-anggota suku Mungkal," jelasnya.

Sementara itu dalam ucapannya, Khalid berkata, Datuk Semaharaja serta Lembaga-Lembaga Luak Ulu Muar yang lain perlu memiliki pengetahuan mendalam tentang adat perpatih.

Menurut beliau, penyandang pesaka berkenaan sewajarnya memainkan peranan selaku sumber rujukan utama oleh pembesar-pembesar adat suku Mungkal yang lain seperti 'buapak', 'besar waris' dan 'ibu soko'.

''Pada masa ini, tidak ramai di antara kita yang memahami adat perpatih secara mendalam bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam suku masing-masing," katanya.

Khalid menambah, langkah itu akan menjadikan Datuk Semaharaja serta Lembaga-Lembaga yang lain lebih signifikan dalam kelompok masyarakat berketurunan Minangkabau pada zaman moden ini.

2 comments:

Anonymous said...

mak saya pn penah ckp saya ni dr suku mungkal....rumah wan saya kat seberang bantu hampar di lorong mungkal....mohon info pasal suku mungkal...mungkin dapat menambahkan pengetahuan ilmu kita bersama...zaidi

Naqhuhines said...

saudara Zaidi.
InsyaAllah sila berhubung lagi untuk maklumat lanjut. Terima kasih. Dan terima kasih kerana berkunjung ke blog ini :).

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing