Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, July 13, 2009

Sewaktu Azan Mendayu-dayu


Sejak akhir-akhir ini, Alia kerap tidak berselera untuk menjamah makanan. Dia hanya mencubit lauk saja, nasi pun hanya beberapa suap. Kalau dulu, alasannya nak diet, nak kurangkan berat badan. Dari 61kg nak diturunkan ke 48kg, berat ideal yang disahkan oleh jiran gerai sebelahnya di ekspo tempohari. Gerai itu menjual produk makanan untuk menguruskan badan. Dia berminat, tetapi harganya mak oi, mahal benar dan kena beli ikut pakej. Sambil menegur sapa dan beramah mesra dengan mereka, dia ambil kesempatan menimbang berat dan mengambil ukuran ideal untuk dirinya. Suami dan anak-anaknya yang debab-debab belaka tu pun tumpang semangkuk.
Tapi beberapa waktu kebelakangan ini, dia sendiri pun pelik. Tengok nasi dan lauk-pauk, tak mengecurkan air liurnya. Mungkin berkat Ramadhan telah mula tersebar di bulan Rejab, bulan Allah, bisik hatinya. Alhamdulillah, dia mula memasang niat untuk berpuasa sunat Rejab. Kalau boleh dia nak puasa sunat Syaaban juga seterusnya menyambut kedatangan Ramadhan yang penuh berkah.
Pada masa yang sama, pandangan matanya mulai kabur, terutama mata kanan yang diserang penyakit mata tempohari. Suami dan anak-anaknya pun kena sakit mata juga, tapi mereka tak ada merungut tentang mata kabur. Bermakna mata mereka benar-benar kembali pulih seperti sediakala. Dia pula, bukan sahaja terburu-buru membuat kaca mata baru yang mahal harganya, bahkan tidak membantu pun menajamkan pandangannya, pakai kaca mata tu pun sama saja rasanya. Akhirnya kadang-kadang dia pakai, kadang-kadang dia tak pakai pun. Kemudian, Alia terfikir pula nak buat check-up di hospital. Namun membayangkan prosedur untuk sampai ke meja doktor pakar dan masa yang bakal dipenuhi dengan menunggu giliran, dia melupakan saja hasratnya itu. Kesudahannya, dia mencari semula ubat titis Permata Hijrah yang dibelikan oleh suaminya tempohari dan mula menitikkan ubat titis itu di matanya kerap kali. Alia benar-benar berharap ubat ini dapat membantu memulihkan matanya seperti sediakala.

Okey, minta perhatian dari Kak Ju. Kisah seorang wanita yang tanpa disedarinya sedang menanti maut kerana penyakit barah rahim yang kritikal, tidak dapat dikesan langsung sekian lama, tiada simptom ketara. Barah merbahaya yang dalam masa singkat telah merebak ke seluruh organ utama. Simptom tidak dikesan kerana kerajinannya menjaga pemakanan dan suka ulam-ulaman serta mengambil makanan kesihatan keluaran tempatan yang terkenal dengan testimoni yang menakjubkan. Kisah ni ditumpukan kepada hubungan ibu dan anak-anaknya. Mereka suka menyanyi bersama-sama, di antaranya ialah nasyid Sewaktu Azan Mendayu-dayu. Tetapi biasanya hanya dia yang menyudahkan nasyid ini kerana anak-anaknya enggan meneruskan, mereka bimbang nasyid itu menjadi realiti dalam hidup mereka. Malangnya, rupa-rupanya, itulah takdir yang telah ditentukan Tuhan. Suatu hari mereka menyanyi lagi bersama-sama, atas permintaan ibu yang telah terbaring tidak berdaya, hanya untuk berhibur hati, namun menghiris kalbu tidak terperi. Kemudian, ibu sakarat dan kembali ke tempat abadi.

Biasanya, kalau nak bayangkan, kena bayangkan diri sendiri. Tapi nak meneruskan tu yang tak sanggup sebab idea terus meloncat ke sudah, yang tengah-tengah tu rasa payah (sebab nak kena fikir/study/bayangkan betul2). Amacam, boleh buat novel tak? Ni idea sendiri, tak de ciplak mana-mana. Tak tau la kot dah ada novel sebegini tapi saya yang tak baca. Terima kasihhhhhhh...

4 comments:

kakju said...

Ceh.. mula2 baca ingatkan cerita betul :)

Ok, pada pandangan kakju boleh aje dijadikan novel. Cerita sedih, jadi sama ada cerita tu dapat dihayati atau tidak oleh pembaca, depends pada cara kita mengolah ayat2 kita nanti. Jika kita berjaya masuk dalam watak tu, cerita akan nampak real dan boleh menyebabkan air mata pembaca mengalir.

Jika cerita di bahagian tengah belum dapat, elok bayang2kan dulu sampai kita betul2 yakin dapat menulisnya. Sebab takut nanti tersekat tengah jalan, hilang semangat pula. Nak matangkan cerita ini yang ambil masa.

Cuba ikuti langkah demi langkah.
1. Sinopsos - dah ada.
2. Watak dan perwatakan.
3. Rangka bab demi bab

SEbelum mula, kena dapatkan ilmu bantu tentang penyakit barah rahim tu. Nanti bila buat rangka bab demi bab tu nanti, boleh masukkan tanda2 yang menunjukkan perkembangan barah tu yg selama ni tak disedarinya. MEsti ada simptom kan? umur dia berapa? Pernah buat papsmear tak? biasnaya lepas bersalin kena buat papsmear, bgm result masa tu? Berapa tahun masa diambil untuk barah tu sampai tahap ketiga dsb.

Untuk memanjangkan cerita, cuba cipta subplot. Misalnya, masalah anak2 dia pula, perhubungan dia dengan sahabat karibnya/jiran, tentang salah seorang anaknya yang terencat akal/cacat, tentang masalah kewangannya dll.

Fikirkan juga apa mesej yang ingin kita angkat dalam novel ini. Nilai2 murninya, selain memberitahu kaum wanita supaya berhati2 dengan barah rahim yg jadi pembunuh utama kaum wanita ini.

Maybe, mesej utamanya tentang pentingnya jaga kesihatan, bahaya obes, pentingnya positif thinking dan keceriaan/ketenangan kerana boleh menghalau penyakit dari tubuh kita. Teladan tentang sebuah keluarganya yang begitu erat kasih sayang antara mereka. TEntang anak cacat tu...

Untuk novel islamik pula, pastikan watak utama itu watak yang boleh dicontohi sikapnya.

Hmm... panjang pula mencecer... sendiri punya novel dewasa belum pun ada.

kakju said...

Intan, ini sekadar cadangan. Cuba fikirkan satu cerita lain yang hendak kita ketengahkan tentang keluarga wanita itu, sambil cerita tu berjalan, turut berjalan sama cerita penyakitnya.
Ertinya, ada dua cerita dalam satu.

kakju said...

Sekali lagi, ini cadangan.

Dalam kepala kakju ni terfikir dua cerita.

1. kisah perjuangan wanita ini membesarkan anaknya yang cacat, perjuangannya (novel yang hebat mesti ada perjuangan) untuk dapatkan hak anaknya. Ketakpedulian pihak2 yang sepatutnya ambil peduli. Dia berjuang sehingga ke hujung nyawa

2. Perjuangannya melawan penyakitnya, perjuangannya untuk kaum wanita agar mereka tahu tentang penyakit ini. Bagi talk, menulis di akhbar dan majalah, buat blog dsb.

NaqHuHiNes said...

Adussssssssss......
Heavy la plak kak Ju ni!
Hmmm...nanti bayang2kan dulu.
Tapi, tima kasih.
Kalau jadik, kak Ju guide ya!!

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing