Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Thursday, July 2, 2009

Maafkan saya, Cinta.

Setelah bersusah payah menghabiskan novel-novel cinta, saya pulangkan semuanya ke perpustakaan desa. Hanya satu yang update tarikh pulang sebab walaupun sungguh payah hendak menghabiskannya, alang-alang dah baca kena tahu penyudahnya. Nak tahu siapa penulisnya, Dr Tuah. Setelah membaca beberapa novel beliau, saya tertarik nak menghabiskannya kerana kesudahan cerita yang lain sikit. Imaginasi beliau memang luar biasa. Tapi watak-wataknya agak stereotaip.
Novel-novel cinta semuanya tebal-tebal, nama penulisnya pun cantik-cantik dengan aura romantik, seromantik ceritanya. Tiba-tiba mata saya menangkap beberapa tajuk yang tak ada aura cinta langsung. Menarik ni...fikir saya. Rahsia Agenda Alam Hitam, dengan wajah lelaki bermata merah, menggerunkan. Setakat baca sinopsis memang tak memuaskan hati. Saya ambil buku itu, boleh tahan tebal, 653 muka surat. Bahagian tengahnya ditampal dengan salafon tape menandakan kaedah digunakan untuk pencetakan yang kurang baik.
Ekuinoks oleh Azizi Ali, mungkinkah dia pilot yang suka menulis itu, saya tak pasti tetapi ini novel pertamanya. Dangkalnya saya dengan dunia penulisan, ramai penulis tidak saya kenali. Saya ambil buku ini semata-mata kerana nama penulisnya. Begitu juga novel Khadijah Hasyim, semata-mata kerana nama yang cukup terkenal ini. Juga novel Sri Diah, Jangan Ada Dusta. Saya agak serik nak membaca novel cinta lagi, sukar sangat nak menghabiskannya. Saya menanam harapan novel-novel cinta kali ini memberi perasaan hebat dalam diri saya.
Novel pertama yang saya pilih untuk dibaca ialah Rahsia Agenda Alam Hitam. Tak sia-sia saya meminjam buku ini kerana ternyata ia benar-benar menepati citarasa saya sehingga saya rasa mampu menghabiskan membacanya dalam satu malam (malangnya saya tak dapat berbuat begini ekoran masa yang tidak mengizinkan, banyak komitmen termasuk hak mata untuk direhatkan). Ringkasnya, saya langsung tidak mengantuk seperti yang biasa berlaku.
Semalam saya singgah ke kedai buku. Setelah mendapat keperluan yang saya nak beli, saya jengah barisan novel yang berderet di rak buku. Hmmm...saya menoleh pula ke bahagian kitab-kitab dan buku motivasi. Tiba-tiba hati saya berkata-kata, bahawa buku-buku begini yang selalu mendapat perhatian saya sejak sekolah lagi, bukan novel-novel cinta. Patutlah saya rasa begitu kagum kepada wanita-wanita yang selalu meminjam setimbun novel cinta di perpustakaan, sebab saya tak pernah melakukan begitu sepanjang hayat saya yang lepas. Patutlah tidak ada satu pun novel cinta yang pernah saya beli untuk dijadikan koleksi.
Saya tak tahu... mungkin ia berkait dengan citarasa saya. Atau keperibadian saya, mungkin juga pendirian saya. Waktu ini setelah saya membaca beberapa buah novel cinta, secara peribadi, saya berpendapat ia melekakan saya jauh ke alam cinta fantasi. Berbelit-belit, mainan perasaan yang tidak wujud di alam nyata hanya wujud di minda penulis dan dinikmati oleh pemuja cinta yang mencari kesempurnaan di alam fantasi. Ataupun mereka ingin lari dari kenyataan hidup yang serba mencabar, untuk mendapatkan kepuasan perasaan daripada apa yang tidak dapat mereka perolehi dalam hidup harian. Mohon maaf kepada penulis dan peminat cinta.
Saya pernah menonton cerita Hindustan dengan seorang kawan yang fanatik sehingga dia mampu memahami bahasa Urdu tanpa perlu membaca terjemahannya. Dia sibuk menerangkan jalan cerita kepada saya supaya saya faham dengan lebih jelas, mendahului terjemahan kata-kata di bahagian bawah kaca tv, namun akhirnya saya keletihan sampai tertidur. Saya letih melayan perasaan bosan kerana jangkaan saya tentang jalan cerita seterusnya selalu tepat. Juga letih mendengar dan mengiyakan kawan saya yang maintain segar bersemangat di sepanjang cerita. Letih minda saya...
Jadi hari ini saya membuat pengakuan bahawa kisah cinta bukan pilihan saya. Saya memilih cinta dalam realiti. Saya ada buku Faridah Hanom karya Al-Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi yang saya beli dengan harga RM5 di Pesta Buku UKM 14 tahun lepas. Hari ini saya masih tidak habis membacanya, sementelah bahasanya Bahasa Melayu Lama, cetakan pertama pada 1964. Sebenarnya Bahasa Melayu Lama tidak mendatangkan masalah sangat kerana saya mementingkan jalan cerita dan saya telah terdedah dengan bahasa ini sejak kanak-kanak. Cumanya...ia adalah novel cinta juga.
Apakah Khadijah Hasyim akan menukar persepsi saya terhadap kisah cinta...?


==================================================================
* nota hari ini 6/7/15 : saya berkesempatan membaca novel Laila Majnun versi asal setahun lepas, dipinjamkan oleh seorang sahabat yang membelinya di Indonesia.  Masya Allah, ia betul-betul complicated tetapi ia benar-benar mengharukan.  Wajarlah kisah ini terus segar bertahan walau sudah ribuan tahun dinukilkan.  Lebih jauh, ia turut dihuraikan sebagai Cinta Ketuhanan.  Saya ingin benar memilikinya tetapi belum ada rezeki setakat ini.  InsyaAllah ada rezeki pasti dapat.

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing