Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, June 8, 2009

satu malam di rumah 56

Malam ini sungguh ceria. Suasana rumah nombor 56 umpama di malam hari raya pertama! Selesai makan malam bersama-sama keluarga, anak-anak bermain bunga api di laman bersama anak-anak jiran. Saya sibuk mencuci pinggan mangkuk. Abang membantu memasak bubur kacang hijau kuah durian. Dia sempat ke kedai membeli biji sagu buat pemekat bubur.
Tak lama kemudian, seorang demi seorang ketua keluarga penghuni Taman Sijangkang Permai muncul, hanya beberapa kepala saja yang tak ada. Atas urusan apa, saya kurang jelas. Mungkin mesyuarat tak rasmi. Macam biasa, abang selalu jadi 'bapak keladi'. Kerja saya di dapur bertambah semula apabila menyiapkan hidangan untuk tetamu2, air teh perisa strawberi dan bubur kacang hijau kuah durian.
Sepanjang hari ini kami semua tak mengadap komputer. Saya menetapkan jadual hari ini saya nak menyusun bekas2 plastik yang berlambak terdedah menyakitkan mata. Saya kirai bilik stor yang sempit dan masukkan semua yang patut dibuang ke dalam karung hitam. Di celah-celah barang itulah saya jumpa seplastik mercun tembak raya tahun lepas. Kemudian saya masukkan pula barang2 lain ke dalam stor dan menyusunnya seupaya saya. Alhamdulillah, beres. Tiba-tiba timbul idea lalu saya telefon abang. Dengan tersusun saya berbahasa, saya minta abang tempahkan dulu pintu kabinet dapur yang sekarang ni hanya ditutup dengan kain yang saya ubahsuai dari langsir lama. Sekarang ni semua pinggan mangkuk disimpan di dalam kotak. "Ok, good idea," kata abang. Saya minta yang sikit je, buat pintu dulu. Kalau nak buat selengkapnya kabinet penuh dinding, tak tau la bilanya... saya terus berbaik sangka sebab abang memang suka buat surprise. So, since saya dah request, saya tak nak pasang balik kain langsir lama tu. Saya cabut kelmarin dan dibasuh sebab lotong rupanya. Mudah2n bila abang selalu pandang rupa kabinet tak berpintu tu, dia dapat isyarat tak langsung ke fikiran bawah sedarnya bahawa kabinet itu sangat2 perlukan pintu.
Menjelang petang, abang balik dengan beberapa biji durian. Durian Segamat, katanya, sekilo RM7. Dah tak fresh, hanya beberapa biji sahaja yang boleh dimakan. Jadinya yang lain tu abang cadangkan buat bubur durian letak kacang hijau.
Maghrib, saya terima sms dari Ustaz Aizat memberitahu dia tak dapat datang untuk kelas mengaji sebab jirannya buat kenduri. Jadinya kami sekeluarga pun dapatlah makan malam lebih awal daripada biasa. Tengah2 menyuap tu terdengar suara memekik2 di pintu depan. Laa, rupa2nya Nisa Irdina datang untuk tusyen membaca dengan saya. Saya pelawa dia makan sama. Sebelum2 ni dia memang tak menolak tapi kali ni dia tak nak pulak. Katanya, nanti mak marah, ayah rotan. Tak pa nanti cikgu cakap dengan mama, kata saya. Beberapa kali dipujuk, akhirnya Nisa duduk di sebelah saya menyuap dengan penuh selera.
Hidangan kami malam ni ialah nasi berlauk ayam masak kari, ikan masin bulu ayam goreng dengan bawang besar dan lada besar, kangkung celur saya petik di belakang rumah petang tadi dan juga sambal belacan tentunya.
Kemudian saya kata, malam ni tak yah belajar. Lepas ni main mercun. Lepas tu makan bubur durian. Wah, sukanya Nisa! Anak2 saya lebih2 la sukanya terutamanya Hidayat yang paling nakal tak sabar2 nak main.
Demikianlah satu malam di rumah 56.


No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing