Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Sunday, June 7, 2009

'Maafkan Kakak' dah siap

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan cerpen kedua bertajuk 'Maafkan Kakak'. Tapi belum perfect sebab ada banyak nak kena edit dengan tunjukajar kakak saya, Zulina Hassan. Saya ada cerita tapi teknik penulisan belum saya kuasai. Saya menulis sesedap rasa saya sendiri. Dalam ilmu penulisan, cara saya semborono sebab tak dipandu dengan ilmu karang-mengarang, tulis-menulis dan yang sewaktu dengannya.

Semangat saya mula marak berbanding dengan hari-hari sebelum ini. Saya hanya memikirkan tentang cerpen baru yang telah terbayang-bayang di fikiran. Saya cuba merangka-rangka jalan cerita mengikut panduan kakak. Keseronokan mula terasa! Inilah yang saya idam-idamkan sebenarnya. Ya! saya fikir saya sedang mula mengatur langkah menyusuri jejak untuk menjadi seorang penulis.

Saya dipenuhi dengan perasaan hebat dan teruja! Komen kakak mengatakan cerpen saya ada peningkatan. Apabila dibandingkan dengan cerpen pertama dulu bertajuk... (oh, tak ada tajuk...saya tak berikan tajuk, dan tak tau apa tajuknya walau dah disiarkan di majalan e-baca keluaran Mac 2009 barangkali!) memang terasa ada perbezaan. Cerpen pertama tu saya akui dibuat agak sambil lewa. (Kasihan kakak yang terpaksa edit hampir 90%. Sorry ye Kak Ju). Manakala yang kedua ni, saya baca dan edit beberapa kali selain proses peram yang dilakukan tanpa sengaja. Aura seorang penulis belum bangkit dalam jiwa waktu tu. Jadinya selalu melengah-lengahkan kerja. Saya lebih berminat merapu-rapu di blog, itulah masalahnya.

Tak apalah, cerpen pun cerpen la... Saya perlu memberi masa kepada diri sendiri untuk benar-benar menyerap semangat seorang penulis. Saya mula mengumpul novel-novel milik adik-adik ipar dan meminjam dari perpustakaan desa. Novel-novel itu saya susun tinggi atas meja di tepi pintu bilik. Setiap kali keluar masuk bilik, mata saya selalu mengerling ke susunan novel itu. Bilakah saya akan mula membacanya...??






No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing