Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Monday, June 1, 2009

Cuti sekolah bermula

Selamat bercuti kepada anak-anakku.
Hidup masih macam biasa
Kena bangun pagi-pagi
Membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh
Semoga hidup kalian diberkati Illahi

Cuti dua minggu tak panjang mana
siang berganti malam sekejap je rasanya
pejam celik pejam celik dah tiba Isnin ketiga
oh ya kasut dah basuh ke?
sebelum di basuh rendam dulu ya
biar mudah hilang daki-dakinya

Kalau kamu tak dibawa ke mana-mana
janganlah rasa rengsa merajuk pula
ada banyak perkara yang boleh dilakukan
walau di rumah sahaja
bahkan dalam bilik pun ada bendanya...
jengok-jengok bawah katil
mesti jumpa apa-apa
yang sekian lama kamu mencari di mana-mana
sampai akhirnya kamu sendiri pun lupa

lagi satu, buku skrap jangan alpa
buat sikit-sikit akhirnya siap juga
jangan buat tak perduli je
kang tiba-tiba ternganga
bila cikgu suruh hantar kan ke naya

cuti ni semua berkumpul semula
24jam sehari mesti riuh punya
kejap gaduh lepas tu baik semula
kang gaduh lagi jangan sampai benjol udah le

biasa la tu kanak-kanak ribena
nak membesar macam-macam isunya
jadi pengalaman bila dah dewasa
juga kenang-kenangan bila dah tua

ia tak mungkin berulang lagi
tapi si ibu yang mengadap kekadang makan hati
risau kerenah berpanjangan sampai mati
hanya doa dipanjangkan ke hadrat Illahi
agar semua jadi okey kembali

inilah pantun serupa puisi
saja nak memulakan bulan Jun ini
macam dah maklum awal2 lagi
kekadang on the spot keluar dari hati

salammmm.....

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing