Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, June 5, 2009

beku sekejap



beberapa hari ni idea tak dapat dicurahkan di blog. Ain akhirnya berjaya ditawan oleh sakit mata, mula-mula sebelah je kemudian kedua-duanya...

macam yang dah diduga kerenahnya lebih hebat dari si kecik Nessa. Kalau Nessa cool langsung tak tergugat dek mata yang merah tapi si kakak asyik mengusik-usik matanya dan merungut-rungut kegatalan...agaknya sakit tu bersaing pulak dengan resdung. persamaannya ada juga...Nessa tak mahu diletak ubat, si kakak pun sama. abih, camana nak baik?


sekembali dari Sgamat, mata Nssa semakin pulih. cuma ada sedikit lagi kemerahan yang smakin pudar. lega rasa hati. tiba-tiba pagi smalam ternampak pulak macam bintat-bintat gigitan nyamuk memenuhi wajahnya. bila dikira ada 12 bintat merah. kemudian nampak pula kesan semacam bekas cubitan di dada kirinya, tapi bla ditanya kalau2 jadi mangsa kakak atau abangnya, dia pun tak tau...


malam tadi masa kami lepak2 depan tv, saya suruh si kecik tukar baju je memandangkan hari dah lewat malam. sedari petang dia tak mandi. saya jumpa lagi beberapa bintik di belakangnya pula...cepat2 saya singkap rambut di tengkuknya, sah! di situ ada ibunya.. anak saya kena cengkering.
kasihan juga, lepas kena sakit mata, kena cengkering pula.


tengahari ni saya masak asam rebus ikan parang. mak dan mak mertua kata kena pantang tak boleh goreng2 dalam rumah. walaupun pagi tadi saya tak dapat menahan hati menggoreng jemput sayur, saya tutup bilik si kecik yang sedang tidur dengan harapan perbuatan saya tak menyebabkan keadaan bertambah teruk.
sekarang dia asyik mengecek kuah asam pedas rebus..saya agak kalah bab asam pedas ni tapi dia selamba je..sedap sangat kot..kuang kuang kuang

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing