Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, June 5, 2009

akhirnya berpisah jua


akhirnya van ni lepas juga ke tangan pembeli lain. cepat sungguh prosesnya. mula-mula kami ditawarkan hanya RM5ribu setengah tanpa tokey melihatnya. bila dah tengok dan test drive, dia bersetuju up to RM6ribu. nak mintak lagi, talak bole la, aiyoo...
van ni memang good condition. mak belikan untuk saya jalankan bisnes hantar budak2 g sekolah. tapi saya tak dapat bertahan lama sebab...saya tak tahan dengan kerenah budak2. setakat effect budak2 je ok lagi sebab hati kanak2 ni lembut mudah baik. tapi bila parents masuk campur walaupun katanya ni cerita budak2, saya rasa lebih baik saya stop.
tapi saya dapat pengajaran. nak cari kawan tak susah tapi nak cari musuh lagi tak susah. nak kawan ke nak musuh...pilih la. dan buat la semahunya nanti yang dapat padah bukan orang lain. macamana boleh timbul problem? ooo tu biasa la. hidup kat dunia ni memang banyak ujiannya. saya anggap semua tu secara positif. itu lebih baik, kan. sekarang saya lebih free.
van ni banyak membantu memudahkan urusan saya. last sekali perkhidmatannya ialah membawa kami anak-beranak pergi balik kg Segamat minggu lepas. Ruang belakang jadi tempat tidur kakak dan Nessa. masing2 bawa bantal dan bantal peluk. tidur di celah2 beg. Hidayat pulak ambik tempat di seat tengah sorang2 pun dengan bantal dan bantal peluk. selimut je tak da. Naqib tak ikut so banyak space. aircond pun sejuk. kami balik tengahmalam sampai rumah kg jam 130pagi. jalan berkabus dan suasana sejuk sepi. alhamdulillah...
so akhirnya berpisah jua. sekarang saya pakai kancil balik, mak punya jugak. saya ada keta exora lum kelua lagi..setakat gambar je saya tampal kat cermin untuk ditatap2...

No comments:

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing