Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Bismillah

Bismillah

Friday, May 8, 2009

Sakitnya Sembelit

Salam Jumaat yang penuh berkah.
Pagi ini saya ingin menurunkan satu petua untuk mengatasi sembelit. Masalah sembelit bukan perkara luar biasa terutamanya pada sesiapa yang kurang mengambil air minum. Ia dapat dilihat pada kulit sesorang yang biasanya lebih kering menandakan sukatan air tidak mencukupi di dalam tubuh. Terdapat juga orang yang mendapat kesan sembelit setelah mengambil minuman berkafein seperti teh. Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi serat yang tinggi juga turut menyumbang faktor ini.
Saya juga pernah mengalami sembelit. Ia menjadi sangat serius selepas saya selamat melahirkan Bidadari, puteri saya yang kedua. Waktu itu saya mengalami bengkak hati (tanpa dapat dikesan puncanya, kata doktor pakar yang merawat saya) dan tanpa sesiapa menyedari mata saya telah pun kuning (penyakit kuning la!) sehinggalah kawan-kawan yang menziarahi membuka langsir bilik untuk menikmati panorama di luar. Seketika mereka terpegun melihat pemandangan (Hospital Jerudung Park Medical Centre, Brunei - terletak di tepi pantai yang indah) dan sekali lagi mereka terkejut pula melihat betapa kuningnya mata putih dan kulit saya! Barulah doktor-doktor lebih prihatin kepada saya. Saya juga tidak dibenarkan keluar dari hospital selagi saya TIDAK BUANG AIR BESAR!!! to be continued

1 comment:

Intan said...

IZ FIBER Penyelesai Masalah Sembelit, Berat Badan Dan Perut Buncit...memang berkesan dan selamat digunakan...diluluskan oleh KKM...info lanjut produk ad di http://intan-fiber.blogspot.com

Search This Blog

Blog Archive

Rakan Blog

Pakaian Muslimah

cinta hingga Firdaus

Lilypie Angel and Memorial tickers

Terima kasih :)

Follow by Email

utamakan Bahasa Melayu

utamakan Bahasa Melayu

Pantai Lumut

Pantai Lumut

Pantai Mersing

Pantai Mersing